Pembangunan
modal insan berkualiti bergantung kepada pendidikan berkualiti yang
dapat menghasilkan individu yang mempunyai jati diri yang
kukuh,berketerampilan,berkeperibadian mulia,berpengetahuan dan
berkemahiran tinggi bagi mengisi keperluan negara maju.Bagi melahirkan
modal insan yang berketerampilan,seseorang guru itu perlu bersedia dari
segi mental,emosi,fizikal,sosial serta memiliki peribadi yang
baik.Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (1998:1427),keterampilan membawa
maksud kecekapan,kemampuan yang tinggi manakala terampil adalah cekap
dalam melaksanakan sesuatu,menyelesaikan masalah dan sebagainya.
Falsafah Pendidikan Negara (FPN) mula diperkenalkan secara bertulis mulai tahun 1988.
“Pendidikan
di Malaysia adalah satu cara usaha berterusan ke arah memperkembangkan
lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan
insan yang seimbang dan harmonis berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan
kepada Tuhan.Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang
berpengetahuan,berakhlak mulia,bertanggungjawab dan berkeupayaan
mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian
dan kemakmuran masyarakat dan negara”
(Kementerian Pelajaran Malaysia,1988)
Guru
merupakan anak kunci kepada penghasilan pendidikan berkualiti kerana
melalui guru atau pendidik di peringkat sekolah,sesebuah negara boleh
mencapai matlamat,aspirasi.visi dan misinya.Gurulah yang menjadi
penggerak pencapaian segala cabaran yang tersimpul dalam Wawasan 2020
dan era seterusnya.Negara kita perlu memerlukan guru yang unggul bagi
membolehkan menangani cabaran-cabaran masa depan.Bagi melahirkan guru
yang berkualiti dan berketerampilan seseorang guru perlu bersedia dan
peka terhadap perkembangan pendidikan dari masa ke semasa.
2.0 Melahikan guru berketerampilan
2.1.Pengetahuan
Bagi
melahirkan guru berketerampilan,seseorang guru itu perlu menguasai ilmu
pengetahuan yang luas.Hal ini demikian kerana,penguasaan ilmu sangat
penting supaya apabila mengajar kelak dapat membantu guru dari segi
persediaan mental dan emosi.Antara perkara penting dari segi aspek
pengetahuan untuk melahirkan guru yang berketerampilan adalah pedagogi
iaitu pengajaran dan pembelajaran,pengurusan dan pentadbiran,pengukuran
dan penilaian iaitu ditinjau dari penyelidikan tindakan serta aspek
pembaharuan kurikulum.
2.1.1 Mempelbagai kaedah pedagogi
Pedagogi
atau lebih dikenali sebagai pengajaran dan pembelajaran sememangnya
sangat penting kepada setiap bakal guru.Hal ini demikian kerana pedagogi
adalah satu proses perancangan yang strategik kepada guru sebelum
memulakan pembelajaran.Antara perkara yang perlu diberi penekanan dalam
proses pedagogi ini ialah guru perlu didedahkan dan diberi peluang
mencuba pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran supaya mereka dapat
memahami kesungguhan,kelemahan serta keberkesanan setiap kaedah
berkenaan.
Setiap
murid memiliki kemampuan yang berbeza,baik pendengaran, penglihatan
mahupun berbicara.Ada yang lebih senang membaca,ada yang lebih suka
mendengar dan sebagainya.Terdapat beberapa kaedah yang boleh digunakan
oleh guru semasa proses pedagogi untuk mengetahui setiap kelemahan dan
kekuatan yang dimiliki oleh setiap murid.Apabila guru
menggunakan media bervariasi atau dalam menggunakan alat bantu
mengajar,guru memerlukan penyesuaian panceindera pelajar,menarik
perhatian murid,memberi motivasi untuk belajar,mendorong untuk berfikir
dan meningkatkan kemampuan untuk berlajar.
2.1.1.1 Variasi media pandang
Antara
kaedah tersebut adalah variasi media pandang,media dengar dan media
taktil.Variasi media pandang dapat diertikan sebagai penggunaan alat dan
bahan pengajaran khususnya untuk komunikasi seperti
buku,majalah,globe,peta,televisyen,demonstrasi dan lain-lain.Penggunaan
yang lebih luas dari alat-alat tersebut akan memperoleh kelebihan
misalnya,membantu berfikir secara konkrit dan mengurangi respon yang
kurang bermanfaat.Di samping itu,dapat menarik perhatian pelajar serta
menambah keyakinan untuk mempelbagaikan kaedah belajar.
2.1.1.2 Variasi media dengar
Variasi
media dengar pula adalah pada umumnya terlibat dalam proses interaksi
pendidikan di dalam kelas.Suara guru adalah alat utama dalam
komunikasi.Variasi dalam penggunaan media dengar memerlukan kombinasi
dengan media pandang dan media taktil.Antara media dengar yang digunakan
dalam proses pedagogi adalah perbincangan dengan pelajar,rakaman bunyi
dan suara,rakaman muzik,rakaman drama dan wawancara.Hal ini demikian
dapat memiliki kaedah pembelajaran yang efektif dan berkesan kepada
pelajar.
2.1.1.3 Variasi media taktil
Variasi
media taktil adalah penggunaan media yang memberi kesempatan kepada
pelajar untuk menyentuh dan memanipulasikan benda dan alat
pengajaran.Hal ini akan melibatkan pelajar dalam kegiatan penyusunan
atau perbuatan model,yang hasilnya dapat disebutkan dan dilakukan secara
individu ataupun kelompok kecil misalnya dalam mata pelajaran Sejarah
dapat membuat latar peta pada zaman Majapahit,manakala geografi dapat
membuat model lapisan tanah dan sebagainya.
2.1.1.4 Kaedah eksperimen
Selain
yang diterangkan diatas,terdapat beberapa kaedah lain yang boleh
dilakukan oleh guru untuk menarik minat pelajar untuk belajar.Antaranya
ialah kaedah eksperimen.Kaedah eksperimen ini adalah kaedah yang
dijalankan secara perseorangan ataupun berkumpulan.Kaedah ini dilakukan
adalah untuk melatih melakukan suatu proses atau percobaan misalnya
melakukan penyelidikan,mengumpulkan data dan sebagainya.Tambahan pula,
kaedah ini sekaligus dapat mengembangkan sikap pelajar untuk menjelajahi
tentang ilmu dan teknologi serta dapat memberi kesejahtaraan kepada
hidup manusia.
Hal
ini demikian kerana mempelbagai kaedah pedagogi dapat mengelakkan
pelajar menjadi bosan sekiranya guru bijak dalam merancang aktiviti
pembelajaran yang berbeza.Disamping itu,guru dapat mengetahui kelemahan
pembelajaran sekiranya berlaku kemerosotan prestasi pelajar.
2.1.2 Pengurusan dan pentadbiran
Kualiti
sesebuah sekolah merupakan aset penting dalam meningkatkan prestasi
sekolah.Hal ini demikian kerana,prestasi sekolah yang baik disebabkan
oleh adanya guru yang menaikkan prestasi sesebuah sekolah itu.Bagi
meningkatkan prestasi sekolah tidak kira dari segi akademik mahupun
kokurikulum,seseorang guru atau pendidik itu perlu merancang atau
mentadbir sebuah pengurusan yang cekap bagi meningkatkan prestasi
sekolah.Sebuah organisasi yang baik bermula dengan sistem pentadbiran
yang cekap.Antara sistem pentadbiran dan pengurusan yang baik adalah
dengan adanya insfrastuktur yang lengkap dan berteknologi.Hal ini
memudahkan guru mengendalikan atau menggunakan kemahiran yang sedia ada
bagi menjalankan pengurusan dengan sempurna.
2.1.3 Penyelidikan tindakan
Pendidikan
perguruan memainkan peranan penting bagi pencapaian matlamat pendidikan
sesebuah negara.Oleh itu,bagi meningkatkan dan melahirkan
guru yang berketerampilan penilaian dan pengukuran tahap keberkesanan
pembelajaran perlu dipergiatkan melalui penyelidikan tindakan.Hal ini
demikian kerana, program penyelidikan tindakan ini bertujuan membiasakan
guru membuat kajian berdasarkan masalah yang mereka hadapi sewaktu di
sekolah.Sesuatu masalah tidak akan dapat diatasi jika hanya berdasarkan
kepada andaian.Penyelidikan tindakan ini adalah sangat penting kepada
guru kerana menerusi kajian tindakan yang dijalankan,guru-guru akan sentiasa
mencari jalan terbaik bagi menyelesaikan sesuatu kelemahan
pelajar.Antara kebaikan daripada kajian ini adalah menggalakkan guru
belajar,berbincang dan mencari
idea-idea
baru dalam pengajaran dan pembelajaran.Penyelidikan tindakan ini juga
mendatangkan manfaat kepada guru kerana organisasi pembelajaran yang
wujud dalam kajian ini banyak membantu mempertingkatkan kualiti pendidikan guru malahan kepada akademik pelajar.
2.1.4 Pembaharuan Kurikulum
Kurikulum
pendidikan guru adalah dinamik dan sentiasa diubahsuai supaya guru
dikemaskinikan dengan keterampilan baru,pengetahuan baru dan sikap
positif sejajar dengan pembentukan negara yang progresif.Pengubahsuaian
kurikulum menuntut para pendidik membuat peranjakan minda untuk
melahirkan guru yang cekap dari segi teknologi dan yakin menghadapi
perubahan dalam menangani cabaran persekitaran semasa di sekolah.Latihan
perguruan amat penting kepada bakal guru kerana dapat mewujudkan
suasana keseronokan dalam menuntut ilmu.Hal ini kerana dengan adanya
latihan perguruan,ini dapat meningkatkan nilai profesional dalam diri
justeru melahirkan guru yang berketerampilan dari segi intelektual dan
sahsiah diri.
Tambahan
pula,gurulah yang sebenarnya melaksanakan segala aspek pembaharuan
sesuatu kurikulum.Tanggungjawab perubahan ini perlu digalakkan dan usaha
kearah menyediakan pengetahuan serta kemahiran menyelesaikan masalah
perlulah diperluas dan dipertingkatkan.Langkah ini adalah bertujuan supaya guru dapat mengenal pasti masalah-masalah atau isi pendidikan di sekolah.
2.2 Kemahiran
Kemahiran
dalam melahirkan guru berketerampilan amat penting.Hal ini demikian
kerana dengan adanya kemahiran-kemahiran tertentu seseorang guru itu
boleh menggunakan kemahiran yang ada justeru dapat mempraktikkan semasa
proses pengajaran dan pembelajaran.
2.2.1 Kemahiran komputer
Selaras
dengan perubahan era multimedia dan teknologi maklumat,guru perlu di
reformasikan supaya benar-benar mampu menjadi agen perubahan kepada
budaya literasi teknologi,khususnya bagi melahirkan masyarakat yang
celik budaya.Guru yang tidak berkemahiran asas digalakkan menghadiri
kursus sama ada yang dianjurkan oleh Jabatan Pendidikan Negara atau
Pejabat Pendidikan Daerah disamping kursus dalaman diperingkat
sekolah.Guru yang mahir komputer dijadikan fasilitator yang berfungsi
secara langsung membimbing guru yang kurang mahir.
“Perkembangan
pesat dalam bidang teknologi adalah di antara faktor yang telah
mengubah bentuk dan tahap kemahiran yang diperlukan untuk sesuatu
pekerjaan.Perubahan akan terus berlaku dan jenis serta bentuk pekerjaan
yang akan wujud pada masa hadapan sukar diramal dengan tepat.Untuk
menangani perubahan dalam dunia pekerjaan ini,pendidikan guru teknologi
memainkan faktor terpenting.Cabaran ini kepada guru teknologi ialah
untuk melahirkan tenaga manusia yang mampu menghadapi perubahan dalam
dunia pekerjaan.”
(Rashidi Azizan,1995)
Cabaran
kepada sistem pendidikan guru teknologi adalah besar sekiranya ingin
mencapai tahap negara maju dalam tahun 2020.Tidak dinafikan bahawa asas
sudah ada dalam pendidikan guru teknologi yang akan membolehkan
merancang untuk menuju ke arah cita-cita tersebut.Namun,dengan
persaingan yang guru akan hadapi pada tahun-tahun akan datang,sumber
manusia yang bakal dilahirkan oleh guru teknologi haruslah mempunyai
daya saingan yang peka kepada perubahan yang berlaku
sekelilingnya.Mereka mestilah mempunyai kemahiran yang secukupnya dan
menjadi pendidik yang terbaik dan mempunyai moral dan beretika serta teguh dalam nilai agama dan kerohanian yang mantap.
Guru
yang celek komputer menjadi satu keperluan dalam kehidupan
seharian.Memandangkan keperluan ini,Kementerian Pendidikan telah
mengambil langkah mewujudkan pendidikan komputer di sekolah.Peranan
komputer bukan sahaja terbatas kepada penggunaannya sebagai alat
memudahkan tugas-tugas pentadbiran sekolah,malah dapat memudahkan proses
pengajaran dan pembelajaran melalui perisian-perisian pembelajaran
terancang.Guru yang tidak celek komputer akan menghadapi kesukaran
melaksanakan beberapa tanggungjawab penting secara berkesan.
Hal
ini demikian kerana guru yang tidak berkemahiran akan menyebabkan
pemasalahan sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran.Disamping
itu,faktor teknologi yang kian meningkat
menyebabkan pelajar kini banyak menggunakan kemudahan internet.Hal ini
juga dapat mewujudkan hubungan antara guru dengan murid melalui
penggunaan e-mail.Pelajar dan guru boleh terus berhubung selepas waktu
sekolah atau waktu cuti persekolahan bagi membincangkan masalah dalam
pelajaran melalui e-mail.Penduduk yang berorentasikan teknologi dan
nilai-nilai terbaik akan mengukuhkan ekonomi dan dari kekuatan
ekonomilah terbinanya negara yang kuat dan akan dihormati di peringkat
antarabangsa.
2.2 2 Kemahiran bahasa dan komunikasi
Komunikasi
sebagai aksi atau komunikasi satu arah menempatkan guru sebagai pemberi
rangsangan dan pelajar sebagai penerima rangsangan.Dinamik guru
disediakan agar guru berteknologi memperolehi dan menguasai kemahiran
yang diperlukan untuk perkembangan diri selaras dengan pendidikan seumur
hidup,mahir berkomunikasi serta sayang dan cintakan negara dijelmakan
dalam mata pelajaran yang diajar dalam komponen ini.Antara kandungan
dalam dinamik guru adalah kemahiran komunikasi.Kemahiran komunikasi
memberi pendedahan kepada kefasihan bahasa,kemahiran “interpersonal” dan
kemahiran sosial yang diajar dalam mata pelajaran Bahasa Melayu,Bahasa
Inggeris dan Matematik.
Menurut
Gardner (1993 dalam Ramlah Jantan,2004),interpersonal ialah keupayaan
untuk memahami niat orang lain dan mengenal pasti matlamat pendorong
orang lain untuk bekerja.Oleh sebab itu,kemahiran interpersonal ini
perlu ada dalam diri seseorang guru.Hal ini demikian kerana,hubungan
interaksi antara guru dengan pelajar sangat penting kerana dapat guru
merupakan orang yang hampir dengan pelajar disekolah serta gurulah
tempat mereka rujuk sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran.
Kemahiran
berkomunikasi juga penting dalam proses pedagogi yang melibatkan kaedah
tanya jawab.Kaedah tanya jawab ini memerlukan komunikasi yang baik
antara guru dengan pelajar.Kaedah ini juga,ialah satu cara penyajian
bahan pelajaran melalui bentuk pertanyaan yang perlu dijawab oleh
pelajar.Sekiranya kurang komunikasi antara guru dengan pelajar,hal ini
akan mendatangkan masalah semasa proses pembelajaran dan pembelajaran.
Kementerian
juga telah meneruskan usaha untuk meningkatkan jaringan kerjasama
dengan universiti-universiti berprestij dalam dan luar negara sebagai
salah satu usaha menaik taraf Institut Pendidikan Guru (IPG),malah
meningkatkan pembangunan kapasiti para pensyarah dan melahirkan guru
siswazah yang berkemahiran.Bagi melahirkan guru yang berketerampilan
dari segi kemahiran bahasa ialah melatih guru atau menggalakkan guru
mempelajari bahasa antarabangsa seperti Bahasa Jermin,Bahasa
Jepun,Bahasa Manderin dan sebagainya.Hal ini demikian kerana,bagi
memastikan pelajar berpeluang mempelajari bahasa lain selain bahasa
Inggeris.Hal ini juga,dapat memudahkan guru berinteraksi dengan guru
yang datang dari luar negara.
2.2.3 Kemahiran motivasi
Seseorang
guru itu juga harus mempunyai kemahiran motivasi.Hal ini demikian
kerana,guru yang mempunyai sifat dalaman yang tinggi dapat mampu
menangani masalah pelajar dan meningkatkan semangat pelajar untuk
belajar.Selain itu,kemahiran motivasi juga penting kepada guru sendiri
kerana sekiranya guru menerima kritikan orang atasan, ini dapat
dijadikan sebagai motivasi kepada diri sendiri dan semangat membina
kepada guru tersebut.Antara kemahiran yang boleh meningkatkan motivasi
pelajar ialah menggunakan teknik bercerita dan mengemukakan soalan yang
mencabar.Tambahan pula,sekiranya bahan pelajaran yang disampaikan
menarik,kemungkinan besar motivasi belajar pelajar akan semakin
meningkat.
Terdapat
dua jenis motivasi yang boleh digunakan oleh guru iaitu motivasi yang
datang dari dalam diri pelajar iaitu ‘motivasi instrisik’ seperti
persaingan,autonomi,keinginan,cabaran dan usaha.Apabila melibatkan
motivasi instrisik,biasanya seseorang itu gemar dan bergembira dengannya
manakala motivasi yang berada di luar diri pelajar disebut ‘motivasi
ekstrinsik’ seperti pemberian hadiah dan hukuman.Menurut Ryan dan Deci
(2001 dalam Suppiah N,2009),motivasi instrisik biasanya menghasilkan
prestasi yang meningkat,kreativiti dan penghargaan kendiri.
Oleh
hal yang demikian,guru perlu ada kemahiran motivasi ini dalam proses
pedagogi dengan menggabungkan kedua-dua motivasi bagi membantu pelajar
melaksanakan tugasan dengan berkesan.Hal ini demikian kerana,dapat
membangkitkan rasa ingin tahu dan secara tidak langsung akan
menggerakkan mereka untuk melibatkan diri secara aktif.Kesediaan guru yang
penuh motivasi dan mahir dalam ilmu pengetahuan subjek yang diajar
merupakan faktor yang harus dimilikinya.Mewujudkan motivasi adalah
sangat penting untuk mengekalkan minat mereka semasa proses pengajaran
dan pembelajaran.
2.3 Personaliti pendidik
Bagi
melahirkan guru yang berketerampilan,seseorang guru itu haruslah
mempunyai personaliti atau sahsiah diri yang baik.Hal ini demikian
kerana,personaliti ini perlu ditunjukkan dan dipraktikkan semasa proses
pengajaran dan pembelajaran. Tindakan dan perbuatan pendidik menjadi
teladan bagi murid-murid.Bagi melahirkan guru yang berkesan ialah
individu yang dapat menghormati antara perkataan,ucapan,perintah serta
larangan dengan tindakan yang dapat dipandang dengan mata.Segala
perbicaraan,saranan dan nasihatnya harus benar-benar dapat
dipercayai,digunakan sebagai pegangan dan pedoman serta gerak-geri
diperhatikan dan dicontohi.
2.3.1 Bertanggungjawab dan ikhlas
Penyebar
ilmu memainkan peranan penting dan memikul satu tugas berat kerana
dianggap sebagai sebagai suatu amanah Tuhan kepada manusia.Bagi
melahirkan guru yang berketerampilan,seseorang guru itu perlu
bertanggungjawab dan amanah kepada tugas yang dipikul.Di samping
itu,seseorang pengajar perlu ikhlas terhadap Allah S.W.T,tidak boleh
hanya mengharapkan upah pembalasan dan ucapan terima kasih daripada
tugas.Oleh hal yang demikian,gaji atau pendapatan bagi pendidik perlu
diterima dan diharuskan,tetapi gaji bukan menjadi matlamat utama bagi
bergelar seorang guru.Menurut Iman Al-Ghazali (1996), niat memainkan
peranan utama sebagai asas dalam proses pengajaran.
“Wajib
membetulkan niat murid-murid,maka wajib juga membetulkan niat guru
bahkan itu adalah lebih penting kerana ibadat mengajar adalah lebih
mulia daripada ibadat belajar”
(Abdul Salam Yussof,2003)
Selain
itu,seorang pendidik perlu menilai tujuan dan perkhidmatannya untuk
mendekatkan diri kepada Allah S.W.T semata-mata.Hal ini dipandang dari
dua sudut.Pertama,guru ialah sebagai khalifah Allah S.W.T dan seterusnya
tugas beliau sebagai pelaksanaan ibadah kepada
Allah S.W.T demi mencari keredhaan dan menghampiri diri kepada
Tuhan.Oleh hal yang demikian,keadaan seperti ini dapat memurnikan tugas
mendidik dan membimbing murid-murid.
Sebaliknya,jika
seorang pendidik itu menjalankan tugas mengajar hanya sekadar untuk
mendapat gaji semata-mata atau kelayakan pasti hal ini akan melunturkan
nilai-nilai pendidikan bahkan merosakkan taraf sebagai seorang
pendidik.Oleh hal yang demikian,bagi melahirkan guru yang
berketerampilan,seseorang guru itu tidak sepatutnya memandang bahawa dia
telah berjasa kepada muridnya.Sebaliknya guru perlu bersyukur dan
menghargai murid-murid apabila telah berhasil mendidik dan menyucikan jiwa mereka bertepatan dengan hidayah.
2.3.2 Komitmen
Menurut
Slavin (1997),kesungguhan guru dalam proses keberkesanan pengajaran
bergantung kepada empat faktor iaitu kualiti pengajaran,aras
pengajaran,insentif dan masa.Keempat-empat faktor tersebut perlu ada
dalam diri guru bagi memastikan pengajaran dan pembelajaran berkualiti
dan berkesan.
Kualiti
pengajaran sememangnya sangat penting semasa proses
pembelajaran.Kualiti pengajaran merujuk kepada kualiti maklumat dan
kemahiran guru dalam mempersembahkan pengajaran supaya pelajar mudah
memahami pelajarnya.Hal ini demikian bermaksud,segala maklumat yang
diperoleh sewaktu menyampaikan mestilah terbaharu dan terkini.Disamping
itu,isi kandungan pembelajaran mestilah mudah dan padat bagi memudahkan
pelajar memahami setiap isi pengajaran yang disampaikan oleh guru.
Aras
pengajaran pula merujuk kepada kebolehan guru memberi makna kesesuaian
pengajaran dengan kebolehan pelajar dan kesediaan pelajar untuk belajar
yang baharu.Hal ini bermaksud guru haruslah peka dan bijak dalam
meneliti setiap kebolehan pelajar.Hal ini demikian kerana,untuk
menggelakkan prestasi pelajar merosot.Di samping itu,guru perlu meneliti
setiap tahap keberkesanan pengajaran yang diajar.Jikalau pengajaran
yang diajar tidak sesuai dan mendatangkan kesusahan kepada pelajar,guru
perlu menukar dan mencari idea baru untuk memastikan setiap maklumat
sampai kepada pelajar.
Faktor
insentif adalah merujuk kepada kebolehan guru yang memotivasi pelajar
untuk terus belajar,menyiapkan kerja rumah serta tugas lain.Hal ini
merupakan salah satu faktor yang boleh menarik minat pelajar untuk terus belajar.Kebolehan guru dalam memotivasikan pelajar akan meningkatkan kesedaran pelajar bahawa pentingnya ilmu kepada kehidupan.
Faktor
yang terakhir adalah masa.Masa sememangnya penting kepada guru dan juga
pelajar.Guru yang menitikberatkan soal masa merupakan guru yang sangat
menghargai setiap masa yang diperuntukan.Setiap guru mestilah peka
terhadap masa yang telah diberikan semasa proses pengajaran dan
pembelajaran.Hal ini demikian kerana,masa yang sesuai dapat menjamin
proses pedagogi berjalan dengan baik dan berkesan.Penentuan masa boleh
mempengaruhi minat dan meningkatkan tahap kecerdasan otak seseorang.Akal
yang sihat terdapat pada tubuh yang sihat justeru itu,masa pembelajaran
yang akan dibentuk mestilah sesuai dengan keadaan pelajar dan pengajar
terutama dari segi masa yang bersesuaian dengan kecerdasan dan kesegaran
otak.Guru yang berketerampilan adalah guru yang memanfaatkan setiap
masa yang ada dengan melakukan perkara yang boleh meningkatkan prestasi
dan mutu pembelajaran.
2.4 Variasi gaya mengajar
Menurut
Syaiful Bahri Djamarah (2000),variasi pada dasarnya meliputi variasi
suara,variasi gerakan anggota badan dan variasi perpindahan posisi guru
dalam kelas.Bagi melahirkan guru yang berketerampilan,variasi-variasi
tersebut perlu ada pada diri seorang guru.Variasi tersebut dilihat
sebagai sesuatu yang bertenaga,bersemangat dan memiliki relevan yang
baik.Perilaku guru seperti itu dalam proses interaksi edukatif akan
menjadi dinamik dan mempertinggi komunikasi antara guru dengan
pelajar,menolong penerimaan bahan pengajaran dan memberi
stimulasi.Terdapat beberapa variasi gaya mengajar ini antaranya ialah
variasi suara,penekanan,gerakan anggota badan dan pindah posisi.
2.4.1 Variasi suara
Variasi
suara melibatkan suara guru dalam mengawal kelas.Antara variasi suara
adalah intonasi,nada dan sebagainya.Guru yang berketerampilan perlu
menggunakan variasi tersebut dengan mengaitkan
suatu peristiwa dengan menunjukkan hal-hal yang dianggap penting.Hal ini
demikian kerana,seseorang guru itu perlu melihat keadaan sekeliling
semasa proses pembelajaran berlaku supaya semasa mengajar guru tersebut
mengetahui untuk bercakap secara pelahan atau secara tajam dengan pelajar sekiranya mereka kurang memberi tumpuan sewaktu dalam kelas dan sebagainya.
2.4.2 Variasi penekanan
Variasi
penekanan pula amat penting kepada guru.Hal ini demikian kerana,adalah
untuk memfokuskan perhatian pelajar pada suatu aspek penting atau aspek
kunci.Oleh sebab itu,guru perlu menggunakan penekanan secara verbal
misalnya “perhatian baik-baik!”,ini adalah bahagian yang
sukar”.Penekanan seperti ini biasanya dikombinasikan dengan gerakan
anggota badan.Hal ini demikian kerana,dapat menarik perhatian murid
semasa proses pembelajaran dan pengajaran berlaku.
2.4.3 Gerakan badan
Seterusnya
adalah gerakan anggota badan yang perlu diberi perhatian.Sememangnya
pergerakan guru sangat penting sewaktu dalam kelas.Hal ini demikian
kerana,variasi gerakan anggota badan seperti mimik,gerakan kepala atau
badan merupakan bahagian yang penting dalam komunikasi.Gerakan anggota
badan bukan hanya untuk menarik perhatian sahaja,malah menolong
menyampaikan erti pembelajaran yang disampaikan oleh guru.
2.4.4 Pindah posisi
Variasi pindah posisi dalam ruangan kelas pula amat penting kerana dapat membantu menarik
perhatian pelajar dan meningkatkan keperibadian guru.Perpindahan posisi
dapat dilakukan dari muka ke bahagian belakang,dari sisi ke kanan atau
di antara pelajar dari belakang ke pelajar.Di samping itu,dapat juga
dilakukan dengan posisi berdiri kemudian berubah menjadi posisi
duduk.Perubahan posisi ini harus ada tujuannya dan bukan sekadar mundar-mandir yang boleh menggangu proses pengajaran dan pembelajaran.
2.5 Keterampilan mengelola kelas
Masalah utama yang dihadapi oleh guru baik
permulaan mahupun yang sudah berpengalaman adalah mengelola
kelas.Pengelolaan kelas merupakan masalah yang kompleks.Pengelolaan
kelas bermaksud suatu proses mengawal tingkah laku pelajar serta
memelihara keadaan pembelajaran yang optimal dan mengembalikan apabila
terjadi gangguan dalam proses interaksi edukatif.
Antaranya
ialah penghentian tingkah laku pelajar yang menyeleweng perhatian di
dalam kelas,pemberian ganjaran sekiranya penyelesaian tugas disiapkan
dalam tempoh yang telah ditetapkan atau penetapan norma kelompok yang
produktif.Oleh sebab itu,seseorang guru itu perlu bijak dalam mengelola
kelas supaya proses pedagogi berjalan lancar dan efektif.Terdapat
beberapa pendekatan yang boleh dilakukan dalam mengelola kelas.Antaranya
ialah pendekatan kekuasaan,ancaman,kebebasan,pengajaran,pengubahan
tingkah laku dan sosioemosi.
2.5.1 Pendekatan kekuasaan
Pendekatan
kekuasaan merujuk kepada peranan guru sewaktu dalam proses ini adalah
mencipta dan mempertahankan situasi disiplin dalam kelas.Disiplin adalah
kekuatan kepada pelajar untuk mentaatinya.Pendekatan ancaman pula
merujuk kepada pelaksanannya dilakukan dengan cara memberi ancaman
misalnya,melarang,mengejek,menyindir dan memaksa.Pendekatan kebebasan
adalah suatu proses membantu pelajar untuk merasa bebas mengerjakan
sesuatu bila dan dimana sahaja.Peranan guru adalah perlu mengusahakan
semaksimal mungkin kebebasan pelajar.
2.5.2 Pendekatan pengajaran
Seterusnya
adalah pendekatan pengajaran.Pendekatan ini berdasarkan kepada suatu
anggapan bahawa perancangan dan pelaksanaan akan mencegah berlakunya
masalah tingkah laku pelajar dan pemecahan diperlukan apabila masalah
tidak boleh dicegah.Pendekatan ini menggalakkan tingkah laku guru supaya
dapat mencegah atau menghentikan tingkah laku pelajar yang tidak
baik.Oleh hal yang demikian,peranan guru mestilah merancang dan
mengimplementasikan pelajaran yang baik kepada pelajar.Pendekatan
pengubahan tingkah laku lebih kurang sama ertinya dengan pendekatan
pengajaran iaitu mengembangkan tingkah laku pelajar yang baik dan
mencegah tingkah laku yang kurang baik.
2.5.3 Pendekatan sosioemosi
Pendekatan
sosioemosi dalam pengelolaan kelas merupakan suatu proses menciptakan
suasana sosioemosi yang positif dalam kelas.Selain itu,sosioemosi yang
positif bererti adanya hubungan positif antara guru dengan
pelajar,antara pelajar dengan pelajar.Oleh hal yang demikian,guru adalah
kunci terhadap pembentukan peribadi dan peranannya adalah menciptakan
hubungan positif yang baik.
Pengelolaan
kelas ini memberi kebaikan kepada guru dan pelajar.Antara kebaikan
kepada pelajar ialah mendorong pelajar mengembangkan tanggjungjawab
individu terhadap tingkah laku dan mengawal diri sendiri.Di samping
itu,membantu pelajar mengetahui tingkah laku yang sesuai dengan tata
tertib kelas dan memahami bahawa teguran guru merupakan suatu
peringkatan dan bukan kemarahan.
Antara
kebaikan kepada guru pula adalah dapat mengembangkan pemahaman dalam
pengajian pelajaran dengan pembukaan yang lancar dan kecekapan yang
tepat.Di samping itu,dapat mempelajari cara merespon secara efektif
terhadap tingkah laku pelajar yang suka menganggu.Selain itu,guru dapat
memiliki strategi yang lebih komprehensif yang dapat digunakan dalam
menyelesaikan masalah tingkah laku pelajar sekiranya berlaku semasa
proses pengajaran dan pembelajaran.Oleh hal yang demikian,untuk
melahirkan guru yang berketerampilan,pendekatan-pendekatan yang telah
diterangkan di atas perlu ada pada setiap guru bagi menjana dan memperkasa pendidikan yang lebih berkesan.
2.6 Kemahiran membuka dan menutup pelajaran
Bagi
melahirkan guru yang berketerampilan,seseorang guru itu mestilah
mempunyai keterampilan membuka dan menutup pelajaran.Komponen membuka
dan menutup pelajaran adalah untuk meningkatkan perhatin,menimbulkan
motivasi,memberi acuan melalui pelbagai usaha,membuat kaitan atau
hubungan antara pelajaran dengan pengalaman serta pengetahuan yang telah
dikuasai oleh pelajar.
Kemahiran
membuka adalah perbuatan guru untuk mencipta dan mempersiap dari segi
mental dan menimbulkan perhatian pelajar agar berpusat terhadap perkara
yang diajari.Kemahiran menutup pelajaran merupakan kegiatan yang
dilakukan semasa mengakhiri pelajaran.Menutup pelajaran juga dimaksudkan
dengan memberi gambaran keseluruhan mengenai perkara yang telah
dipelajari kepada pelajar.Selain itu,adalah untuk mengetahui tingkat
pencapaian pelajar serta tingkat keberhasilan guru dalam proses
pengajaran dan pembelajaran.
Antara
kaedah yang perlu dilakukan oleh guru sebelum menutup pelajaran adalah
mengulangi kembali mengenai perkara yang penting atau memberitahu kunci
bahan pelajaran yang diberikan.Hal ini dapat dilakukan setiap selesai
memberikan satu konsep atau pada akhir pelajaran.Di samping itu,melalui
beberapa pertanyaan atau setelah memberi bahagian-bahagian dari satu
topik,seseorang guru itu perlu menjelaskan kembali bahan peelajaran yang
baharu sahaja dibincangkan.Hal ini demikian dapat meningkatkan
pemahaman pelajar mengenai perkara yang telah diajar.
Bagi
menjadikan kemahiran menutup pelajaran lebih baik,seseorang guru itu
perlu melakukan arahan atau meminta pelajar mendemonstrasikan kembali
pelajaran yang baharu sahaja diterangkan.Selain itu,guru boleh meminta
pelajar mengaplikasikan konsep atau idea baru pada situasi yang berbeza.Hal ini demikian kerana,dapat melahirkan pemikiran yang kreatif dan kritis.
3.0 Kesimpulan
Melahirkan modal insan yang berketerampilan dan memupuk perpaduan kebangsaan adalah dua matlamat murni sistem pendidikan negara.Menyedari
kepentingan pendidikan sebagai wahana untuk melahirkan modal insan yang
berketerampilan,memperkukuhkan perpaduan dan membangun potensi pelajar
secara seimbang,kerajaan sentiasa memberikan keutamaan kepada agenda
pendidikan.
Bagi
melahirkan guru yang berketerampilan,berwawasan,beretika dan mempunyai
sahsiah yang baik,seseorang guru itu perlu sentiasa siap sedia menerima
segala cubaaan dan dugaan yang bakal ditempuhi pada masa akan
datang.Tambahan pula,keadaan masa kini yang semakin hari semakin berubah
dek kerana arus permodenan yang semakin pesat,seseorang guru itu perlu
bersedia dari segi mental,jasmani,intelek dan sosial.
Pembangunan modal insan berkualiti bergantung kepada pendidikan berkualiti
yang dapat menghasilkan individu yang mempunyai jati diri yang kukuh
dan berketerampilan.Oleh hal yang demikian, dengan adanya kaedah
pedagogi yang terancang serta pendekatan-pendekatan yang telah
dijelaskan,hal ini dapat melahirkan bakal pemimpin anak bangsa yang
berketerampilan,berkemahiran dan profesional.
Bibliografi
Abdul Salam Yussof (2003).Imam Al-Ghazali pendidikan berkesan.Kuala Lumpur:
Utusan Publications & Distributors Sdn.Bhd.
Abu Bakar Nordin dan Ikhsan Othman (2008).Falsafah pendidikan dan kurikulum.
Tanjong Malim:Quantum Books.
Al-Ghazali (1996).Ihya` Ulum Ad-din.Beirut:Darul Kutub.
Ramlah Jantan dan Mahani Razali (2004).Psikologi pendidikan pendekatan kontemporari.Malaysia:McGraw-Hill Sdn.Bhd.
Rashidi Azizan dan Abdullah Mohd.Noor (1995).Pendidikan guru:Cabaran,falsafah dan strategi dalam pembentukan guru yang unggul.Selangor:Masa Enterprise.
Syaiful Bahri Djaramah (2000).Guru dan anak didik dalam interaksi edukatif.Jakarta:PT Rineka Cipta.
Suppiah Nachiappan,Kamarulzaman Kamaruddin,Abd. Aziz Abd.Shukor,Ramlah Jantan,Roslinda Mustapha,Hazalizah Hamzah,et al.(2009).Pembelajaran dan perkembangan pelajar.Shah Alam:Oxford Fajar Sdn.Bhd.
Slavin (1997).Kesungguhan guru dalam proses pengajaran.Diperoleh pada Februari 10,2010 daripada http://www.scribd.com/doc/2272585/Guru-profesioanal-1.
Standard guru Malaysia(SGM) (2009).Diperoleh pada Februari 23,2010 daripada http://pemulihan3m9.blogspot.com.
Kamus Dewan Edisi Ketiga (2003). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
walaupun karangan nie xseberapa.....aku tetap bersyukur setelah bertungkus lumus menyiapkannya.....'
disediakan oleh Shabariah binti Safie
x dapat baca
ReplyDeletesila ubah warna font... x bleh baca
ReplyDelete